Kelebihan dan hikmah menuntut ilmu
Menuntut ilmu ini
tidak mengira peringkat umur.
Wahai
penuntut ilmu Allah, didalam kita menempuh imtihan ini, jangan kita lupa akan
tuntutan sebenar yang digariskan oleh Islam bagi orang yang menuntut ilmu.
Seperti
sahabat-sahabat ketahui sebelum ini. Disini aku ingin mengingatkan kembali
bahawa hadaf utama kita menuntut ilmu di bumi Anbiya’ ini bukanlah semata-mata
untuk menggenggam segulung ijazah bahkan kita dituntut oleh Islam agar
mendalami ilmu agama yang sebanyak mungkin bagi mengislah masyarakat yang belum
mengetahui hakikat Islam yang sebenarnya.
Beruntunglah
bagi sesiapa yang menuntut dan mencari ilmu kerana diberi ganjaran yang
pelbagai oleh Allah SWT sepertimana sabda Nabi SAW :
Daripada
Abu Darda’ RA, beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah mempermudahkan
baginya satu jalan ke syurga.
Sesungguhnya
malaikat-malaikat melabuhkan sayap-sayapnya kepada penuntut ilmu yang redha
dengan apa yang mereka lakukan. Sesungguhnya apa yang ada di langit dan apa
yang ada dibumi sehinggakan ikan di air beristighfar kepada orang alim.
Kelebihan orang alim berbanding orang abid adalah seperti kelebihan bulan
berbanding seluruh bintang. Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris anbiya’ dan para
nabi tidak mewariskan dinar dan tidak pula dirham akan tetapi mereka mewariskan
ilmu. Sesiapa mengambilnya sesungguhnya dia mengambil keuntungan yang banyak.
(Hadis Riwayat Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)
Allah angkat darjat orang yang berilmu.
Selain
itu juga kita, Allah mengurniakan darjat kepada orang yang menuntut ilmu
seperti mana firman Allah SWT : “Allah mengangkat orang-orang yang beriman
diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”.
(Surah Al-Mujadalah : 11).
Ini
menunjukan kelebihan-kelebihan dan galakan-galakan oleh Islam kepada umatnya
agar agama Islam dapat tersebar melalui ilmu pengetahuan yang disampaikan oelh
Allah SWT kepada nabi-nabiNya.
Oleh
itu, disamping kita membaca kitab-kitab kuliah untuk berhadapan dengan imtihan
duniawi ini. Marilah kita sama-sama fikirkan sejenak mengenai
kelebihan-kelebihan yang dimiliki kita semua. Dan perlu diingatkan juga bahawa
ilmu yang dipelajari bukan semata-mata untuk membawa pulang segulung
ijazah atau menjadikan ilmu satu nilai taruhan bagi kita untuk
mendapat jawatan yang tinggi dan pekerjaan yang besar. Ingatlah wahai
sahabat-sahabat sesungguhnya yang takut kepada Allah dikalangan hamba-hambaNya
hanyalah ulama.
Kelebihan menuntut
ilmu.
Tujuh
golongan manusia dilindungi Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain
daripada perlindungan-Nya. Mereka ialah:
1.
pemerintah yang adil
2.
pemuda yang hidup dalam ketaatan kepada Allah
3.
lelaki yang sentiasa ingat kepada masjid
untuk beribadah kepada Allah
4.
dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana
Allah, mereka berkumpul dan berpisah kerana cinta kepada Allah
5.
lelaki yang menolak godaan seorang perempuan
cantik dan berkedudukan tinggi dengan berkata: Aku takut kepada Allah
6.
lelaki yang bersedekah dengan ikhlas dan
tidak menghebahkan sedekahnya itu, hinggakan tangan kirinya tidak tahu apa yang
telah disedekahkan oleh tangan kanannya
7.
lelaki yang sentiasa menyebut nama Allah
(berzikir) secara bersunyi-sunyian lalu mengalirlah air matanya.”
(Bukhari,
Muslim, Ibnu Majah dll)
Kewajipan
menuntut ilmu sebagai agenda penting umat Islam dijelaskan oleh Rasulullah
dalam sabdanya yang bermaksud:
“Mencari
ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim dan Muslimah.”
Bertitik-tolak
daripada inilah, kita berkewajipan untuk terus memelihara akal kita dengan ilmu
dan pengetahuan. Sebagai hamba Allah, kita tidak seharusnya berhenti
melakukannya selagi masih bernafas dan menyedut udara segar kurniaan Allah.
Dalam
memperkatakan soal ilmu, tidak dapat dinafikan bahawa orang berilmu mampu
menguasai sesuatu malah manusia lain yang kurang ilmunya atau tidak berilmu.
Orang berilmu dalam sesuatu bidang, tidak akan bersusah payah untuk
menyelesaikan setiap masalah yang dihadapinya berbanding orang lain yang tidak
berilmu.
Sebelum
sesuatu langkah diambil, seseorang akan berfikir semasak-masaknya sebelum
meneruskan tindakannya. Berbeza dengan orang yang tidak berilmu akan mudah
terburu-buru untuk bertindak tanpa menggunakan akal fikirannya. Implikasinya,
segala tindakannya itu kemungkinan akan mengundang masalah yang lebih besar.
Allah
mewajibkan setiap Muslim supaya terus menuntut ilmu. Sebagai ganjarannya
(bonusnya), Allah memberikan kedudukan yang tinggi kepada mereka ini. Ia dapat
dilihat di kalangan masyarakat hari ini. Mereka yang mempunyai ilmu dan
kepakaran dalam sesuatu bidang akandihormati dan diberikan kemuliaan di
dalam komuniti masyarakat ini. Kadangkala, mereka juga turut diberi
kepercayaan untuk menjadi jurucakap malah pemimpin dalam sesuatu perkara.
namun, situasi hari ini sedikit sebanyak ada berubah sedikit.
Bagi
orang yang beriman, semakin tinggi ilmu diperolehi akan membuatkannya lebih tawaduk
atau merendah diri. Ia menunjukkan bahawa seseorang yang berilmu akan semakin
taat kepada Tuhannya. Inilah darjat yang dimiliki oleh ilmuwan Islam atau lebih
tepat lagi disebut ulama.
Firman
Allah bermaksud: “Sesungguhnya
orang yang takut (taat) kepada Allah di kalangan hamba-Nya ialah ulama (orang
yang berilmu).” (Surah al-Fathir: 28)
Daripada
maksud ayat itu, dapat kita fahami bahawa ketaatan manusia kepada sesuatu
perkara adalah berasaskan kepada kefahaman dan penghayatannya kepada perkara
tersebut. Dan ketaatan serta penghayatan tersebut tidak dapat diperolehi
melainkan dia berilmu.
Tidak
dapat dinafikan, kedudukan orang berilmu dengan orang jahil sememangnya berbeza
terutama dari segi pemikiran dan cara tindakannya. Maka benarlah seperti firman
Allah di atas yang menjelaskan bahawa orang yang tahu memanfaatkan akalnya
mampu untuk menerima segala bentuk pengajaran dan nasihat.
Sesungguhnya,
orang yang berilmu bukan saja dihormati dan dikasihi oleh manusia tetapi juga
oleh malaikat bahkan oleh seluruh makhluk di dunia ini. Ia dibuktikan oleh nas
dan dalil al-Quran dan Hadis yang begitu banyak memperkatakan kelebihan orang
yang berilmu.
Secara umumnya, perlu kita sedari bahawa ilmu
yang dimaksudkan bukanlah terhad kepada ilmu yang berkaitan akhirat atau biasa
disebut sebagai ilmu agama. Secara sedar atau tidak, semua ilmu yang terdapat
hari ini sama ada merangkumi ilmu dunia atau akhirat, kedua-duanya adalah
sunnah kepada manusia untuk mempelajari dan menguasainya.