PENGENALAN
Penyelesaian Hutang - Adakah
anda sedang mengalami salah satu keadaan di
bawah ini atau bahkan lebih dari satu keadaan?
• Sedang berhutang untuk
membeli barang keperluan?
• Tidur tidak nyenyak kerana dikejar hutang?
• Makan tidak nafsu kerana selalu dibayangi hutang?
• Jadi raja hutang?
• Sedang memegang kepala kerana hutang bertambah
banyak?
• Merasa hutang sepertinya tidak akan pernah terlunas?
• Dikejar kejar Debt Collector tiap hari
tiap masa?
• Sijil rumah
tidak boleh ditebus bahkan sedang diambang lelong?
• Mempunyai perniagaan besar tapi hutang juga besar?
• Mempunyai satu hutang dibayar dengan hutang yang
lain?
• Tambah tua tambah berhutang?
• Bergerak terpaksa dimatikan kerana takut dikenakan?
• Merasa enggan melakukan aktiviti kerana
terlalu berat memikirkan masalah hutang?
Kerap
kita mendengar orang mengeluh..kalau dulu bawa RM100 ke pasaraya..banyak barang
boleh dibeli..tapi sekarang ni..dengan RM300 seminggu pun belum cukup lagi
untuk barang keperluan satu minggu bagi family yang ada 2-3 orang anak.
Inlah
satu perkara yang amat membimbangkan sekarang ini, iaitu kos kehidupan.
Kehidupan di bandar kos, meningkat secara mendadak – kos perumahan, kereta,
perubatan dan sebagainya yang tinggi menyebabkan ramai yang berhutang, lantas
menghakis keupayaan warga kota untuk menabung. Soal selidik Nielson
mendapati 42% rakyat Malaysia menggunakan baki pendapatannya untuk menjelaskan
hutang (termasuk kad kredit dan pinjaman). Dengan kata lain, pendapatan
yang boleh digunakan untuk menabung, kini digunakan untuk melangsaikan hutang.
Sehingga
akhir tahun 2010, hutang keluarga negara kita telah mencecah paras RM581
bilion, bersamaan 80% nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP), negara kedua
tertinggi di rantau Asia.
Antaranya,
hutang kad kredit meningkat pada purata kadar 16.4% antara tahun 2000 hingga
Ogos 2010, menjadi hutang yang bertambah paling mendadak, jauh di depan hutang
perumahan dan kereta. Sehingga September 2010, hutang kad kredit yang
belum dilangsaikan telah mencecah paras baru, iaitu RM29 bilion.
Beberapa
tahun kebelakangan ini, kos perubatan yang mahal menjadi antara perkara yang
amat membebankan dalam hutang kad kredit. Menurut statistik AKPK, kos
perubatan yang terlalu tinggi menjadi punca utama 26% penghutang gagal
selesaikan hutang keluarganya.
Selain
itu, program pengendalian hutang yang dijalankan AKPK mendapati 74.3% orang
berdepan dengan hutang perumahan, kereta dan kad kredit. Lebih penting,
krisis hutang keluarga menunjukkan pola di mana golongan yang ditimpa masalah
ini semakin muda usianya. 43.8% berada pada lingkungan usia 30 hingga 40
tahun, dan 15.5% berada pada lingkungan 20 hingga 30 tahun.
Sebab
itulah kita dapati warga kota mula mencari pendapatan tambahan untuk menampung
kehidupan yang kian mencabar. Dengan satu sumber pendapatan sahaja pastinya
tidak mencukupi, selain daripada bekerja di siang hari, warga kota melibatkan
diri dalam perniagaan atau kerja separuh masa.
Sebab
itu kita dapati hidup hari ini kian mencabar, masa untuk diluang bersama
keluarga kian kurang, dan hubungan dengan keluarga makin ada jurang. Masalah
ini sudah tampak berlaku sekarang ini, apabila anak-anak di sekolah tidak
menghiraukan nasihat guru-guru serta kecenderungan untuk mereka melakukan salah
laku.
Orang
yang sedang berhutang biasanya mudah menjadi bingung dan tenggelam dalam
kesedihan. Sebab keadaan dirinya yang berhutang itu sangat berpotensi
menjadikannya hidup dalam ketidakpastian alias bingung dan menjadikannya tidak
gembira alias bersedih hati.
Biasanya
orang yang berhutang akan cenderung menjadi lemah. Dan biasanya orang yang
malas dan tidak kreatif dalam menjalani perjuangan hidup cenderung mudah
berfikir untuk menacari pinjaman alias berhutang ketika sedikit saja menghadapi
rintangan dalam hidup. Sedangkan orang yang rajin cenderung tidak berfikir
untuk berhutang selagi ia masih mempunyai idea penyelesaian selain berhutang
dalam hidupnya. Orang rajin bahkan akan menolak bilamana memperoleh tawaran
pinjaman wang kerana ia anggap itu sebagai suatu beban yang menyusahkan.
Biasanya
orang yang terlilit hutang menjadi orang yang diliputi rasa takut. Ia
cenderung menjadi pengecut. Jauh dari sifat berani. Mentalnya jatuh
dan tidak mudah memiliki kemantapan batin. Dan orang yang berhutang mudah
menjadi kikir jauh dari sifat demawan. Bila kotak amal atau sedekah
melintas di depannya ia akan membiarkannya berlalu Hal ini kerana ia
menggunakan logik “Bagaimana aku boleh bersedekah, sedangkan hutangku saja belum
habis dibayar.
Hendaklah
kita serahkan harapan kita sepenuhnya kepada Allah Ta’aala Yang Maha Kaya, lagi
Maha Terpuji agar menyelesaikan problem hutang yang berpanjangan membebani
hidup anda ketika ini. Di samping itu memohon perlindungan Allah Ta’ala
dari kesewenang-wenangan manusia. Kesewenangan dimaksudkan terutama yang
berpunca dari pihak yang memberi hutang. Sebab tidak jarang didapati
bahawa pihak yang memberi hutang lantas bertindak zalim kepada yang
berhutang. Ia merasa telah menabur jasa dengan meminjamkan wang kepada
yang berhutang. Lalu ia merasa berhak untuk berbuat sekehendaknya kepada
yang berhutang apalagi jika yang berhutang menunjukkan gejala tidak sanggup
membayar hutangnya dengan segera.
Itulah
sebabnya dunia moden dewasa ini banyak diwarnai oleh pelbagai tindakan
kezaliman. Sebab dalam era dunia moden manusia sangat mudah
berhutang.Dalam kebanyakan transaksi manusia dianjurkan untuk terlibat dalam
hutang alias transaksi yang tidak tunai. Sedikit sedikit kredit. Apalagi
skema pelunasan hutangnya melibatkan amalan riba yang termasuk dosa
besar. Islam adalah ajaran yang menganjurkan manusia untuk membiasakan
diri berniaga secara tunai. Ini bukan bererti Islam mengharamkan
berhutang. Hanya saja Islam memandang bahawa berhutang merupakan suatu
pilihan yang bukan ideal dan utama. Itulah sebabnya ayat terpanjang di
dalam Al-Qur’an ialah ayat mengenai berhutang, iaitu surah Al-Baqarah ayat 282.
Wahai saudaraku
kaum muslimin dan muslimah, ketahuilah hidup manusia memang
penuh cubaan, jalan terjal penuh berliku
yang kadang-kadang menjadikan kita
berputus asa, termasuk urusan rezeki. Perniagaan yang
dulu berjaya tiba-tiba rugi, hutang terkumpul di mana-mana
dan sebagainya. Padahal kita merasa sudah berupaya
semaksimum mungkin mengatasinya, namun tetap saja
belum membuahkan hasil.
Hal
utama yang perlu dan patut kita renungkan adalah
dengan introspeksi iaitu
dengan sebuah soalan sejauh mana usaha kita
tersebut? Usaha manusia merangkumi dua dimensi, iaitu lahiriah
dan batiniah. Biasanya usaha batiniah yang sering
kita lupakan. Hujung-hujungnya ketika kita menghadapi
kendala dalam usaha, kita langsung menghukum bahawa Tuhan
tidak adil. Padahal, Dia selalu menolong hamba-Nya, namun
kita sendiri yang tidak mahu meminta pertolongan-Nya.
Saya
akan memberikan cara bagaimana hutang-hutang anda akan
terlunas dengan cara Islam, iaitu dengan wirid dan doa-doa
yang berasal dari sumber-sumber yang boleh
“dipertanggungjawabkan”. Ertinya isi kandungan dari
doa-doa kita tidaklah bertentangan dengan syariat Islam.
Insya
Allah wirid dan doa ini akan memberi berkah bagi Anda untuk mampu melunasi
segala hutang Anda dan mendapatkan keberkahan hidup untuk menjadi lebih baik
serta berkah. Dengan mengharap Ridho dari Allah SWT, tanpa menggunakan
perantaraan jin, tanpa tuyul, tanpa tumbal atau pensugihan. 100% mengharapkan
pertolongan Allah SWT.
Semua
kehidupan manusia adalah dalam genggaman Allah Tuhan Semesta Alam. Maka apabila
Anda ada masalah apapun adalah hanya mengharap kepada Allah dengan cara munajah
dan meminta kepada-Nya.
Saudaraku yang
sekarang masih terlilit hutang, pernahkah anda
menyedari sebelum terlambat bahawa cara-cara yang
dilakukan adalah mudah dan tanpa melakukan ritual
yang menyimpang dari ajaran Islam. Hanyalah
diperlukan kesabaran dan kesungguhan dalam mendekatkan diri
kepada Allah.
Dulu
tidak pernah dekat, maka cubalah sedekat mungkin
bersujud sambil menangis di hadapan Yang Maha
Pencipta bahawa mulai sekarang juga anda mengakui semua
kesalahan, kesombongan, keserakahan, kezaliman anda jualah
yang menyebabkannya baik dilakukan secara sedar mahupun khilaf. Bersihkan hati
anda dulu, Yakinlah bahawa Allah akan memberi pertolongan kepada
Anda!
Demikian
apa yang saya sampaikan semoga berguna bagi saudara-saudara kita yang sampai
ketika waktu ini hidupnya selalu dikejar hutang. Dan saudara-saudara muslim
kita yang sebentar lagi akan mengalami perubahan besar ke arah yang lebih baik
dalam kehidupannya.
Strategi
Menangani Bebanan Hutang
Setiap orang mempunyai alasan
tersendiri mengapa mereka berhutang. Ada golongan yang berhutang untuk tujuan
peribadi. Ada pula yang berhutang untuk tujuan perniagaan. Sesetengah golongan
pula berhutang kerana keadaan yang memaksa. Pengurusan hutang adalah satu
aktiviti yang agak rumit dan memerlukan individu untuk mempunyai ilmu yang agak
mendalam terutamanya dari segi pengurusan kewangan peribadi. Malangnya, tidak
ramai orang yang mendalami dan menjadi pakar tentang ilmu pengurusan peribadi
di negara ini. Pada waktu ini, tidak ada satu institusi pendidikan tinggi di
Malaysia yang menawarkan subjek khas tentang ilmu kewangan peribadi. Sebenarnya
ramai orang di Malaysia mula berjinak dan menguasai ilmu atas dasar minat
sendiri. Mereka selalunya membuat kajian dan bacaan daripada buku-buku yang
ditulis oleh kebanyakan rakyat asing. Oleh sebab itu, walaupun mempunyai ilmu
tentang pengurusan kewangan peribadi, mereka masih tidak mampu mengaplikasi
secara efektif untuk menguruskan kewangan peribadi mereka sendiri.
Walaubagaimanapun, situasi ini nampaknya menjadi lebih baik kerana terdapat
segelintir rakyat tempatan yang sudah berani mengambil inisiatif dan berjaya
menulis serta menerbitkan buku-buku berkenaan pengurusan kewangan peribadi yang
lebih sesuai diaplikasi oleh rakyat Malaysia.
Ramai sedia maklum tujuan
mereka berhutang. Walaubagaimanapaun, tidak ramai yang boleh membuat penilaian
samada hutang yang mereka ambil itu jenis hutang yang perlu atau sebaliknya.
Amat penting untuk seseorang untuk mengetahui tentang jenis-jenis hutang dan
sebab mereka berhutang kerana mereka akan menjadi lebih fokus apabila menangani
bebanan hutang kelak. Berikut adalah antara sebab utama kenapa seseorang
berhutang dan jenis hutang tersebut:
Berhutang untuk
mendapatkan barang-barang keperluan
Secara lazimnya, individu
berhutang untuk membeli rumah kediaman, membina rumah kediaman, membeli
kenderaan sebagai pengangkutan yang menjadi satu benda tuntutan di zaman
sekarang. Hutang jenis ini selalunya berlaku sekali dalam hidup seseorang.
Hutang ini tergolong dalam jenis hutang yang bersandarkan aset. Tempoh
pembayaran yang panjang dan kadar faedah agak berpatutan bergantung keadaan
ekonomi tempatan dan dunia.
Berhutang untuk
memenuhi kehendak dan keinginan
Terdapat pula golongan yang
berhutang untuk memenuhi kehendak dan keinginan mereka. Mereka berbelanja di
luar kemampuan dari segi kewangan. Perkara ini terjadi pada dasarnya kerana
mereka tidak dapat menguasai keinginan diri dan bertindak secara tidak rasional
sehingga mereka tidak sedar bahawa kebiasaan berhutang untuk menjaga reputasi
seperti mesti memakai pakaian berjenama mahal dan sebagainya akan membeban mereka
dengan masalah hutang. Selalunya mereka berhutang dengan menggunakan kad kredit
kerana barang-barang yang dibeli bukanlah aset yang diterima oleh bank sebagai
cagaran. Hutang yang tidak bersandarkan aset selalunya dikenakan kadar faedah
yang tinggi oleh pihak bank kerana ianya dianggap sebabagi jenis hutang
berisiko tinggi. Tempoh bayaran bergantung kepada jumlah wang yang dibayar.
Jika bayaran yang dibuat adalah jumlah yang minima, individu tersebut akan
mengambil masa yang lama untuk menjelaskan hutang kad kreditnya.
Berhutang untuk
membuat pelaburan
Golongan yang berhutang untuk
membuat pelaburan biasanya mereka yang mempunyai ilmu yang mendalam tentang
pengurusan kewangan peribadi atau mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan
secara persendirian.
Perkara yang paling asas
apabila berhutang untuk membuat pelaburan ialah kadar faedah yang dikenakan
oleh pemberi hutang. Kadar faedah ynag dikenakan keatas hutang tersebut
mestilah lebih rendah daripada untung yang akan diperolehi daripada pelaburan.
Jika sebaliknya, pada akhir pelaburan anda bukan mendapat untung tetapi akan
pula dibebani dengan hutang.
Berhutang kerana
tuntutan semasa kecemasan
Bukan semua orang suka untuk
berhutang. Terdapat juga segelintir golongan yang pandai menguruskan kewangan
peribadi mereka. Mereka mempunyai satu sikap disiplin yang tinggi dan
mengamalkan berbelanja dalam kemampuan sendiri. Jika mereka perlukan sesuatu
barang, wang akan dikumpul dan golongan ini mempunyai tahap kesabaran yang
tinggi untuk menunggu sehingga wang yang dikumpul cukup untuk membeli barang
yang mereka perlukan. Walaubagaimanapun, seperti pepatah melayu “malang tidak
berbau” dalam keadaan kecemasan seperti ditimpa kemalangan dan sebagainya,
seseorang individu mungkin terpaksa berhutang untuk mendapat wang sebagai jalan
penyelsaian untuk keluar daripada musibah tersebut. Mungkin wang diperlukan
untuk membaiki kereta dan sebagainya.
Dalam keadaan ini, anda
mungking bernasib baik dan dapat meminjam wang daripada kawan jika jumlahnya
tidak besar. Akan tetapi sesetengah orang terpaksa meminjam daripada pihak bank
dan sebagainya. Pada kebiasaanya, hutang kad kredit menjadi pilihan utama untuk
menyelesaikan masalah perbelanjaan ynag tidak dibajetkan seperti apabila
berlaku kemalangan atau kecemasan yang lain.
Langkah untuk
menangani beban hutang
Hutang selalunya dianggap
sebagai beban. Namun kepada segelintir orang, hutang juga boleh digunakan
sebagai peluang dan memberi kemudahan serta langkah untuk memberi keuntungan.
Walau apa pandangan anda terhadap hutang, ianya perlu diuruskan dengan cara
yang teratur dan fokus.
Perkara pertama dan yang utama
perlu anda ambil ialah berhenti daripada membuat hutang yang baru terutamanya
hutang yang melibatkan kad kredit. Seterusnya, anda perlu mendalami ilmu dan
selok belok tentang jenis-jenis hutang anda. Anda perlu membuat analisa dan
mengira berapakah jumlah faedah yang akan anda bayar untuk menjelaskan hutang
tersebut. Pada lumrahnya, hutang yang dikenakan kadar faedah yang paling tinggi
seperti hutang kad kredit adalah hutang yang paling membebankan anda.
Oleh itu anda perlu mengambil
langkah untuk membayar hutang kad kredit dengan jumlah sebanyak yang mungkin
dan dalam tempoh yang paling cepat. Jangan sekali-kali membayar lewat kerana
anda akan dikenakan caj kelewatan yang akan membebankan lagi keadaan anda. Atas
arahan Bank Negara Malaysia, hampir semua bank di Malaysia pada waktu ini telah
memberi insentif kepada individu dari segi mengenakan kadar faedah yang lebih
rendah iaitu diskaun kepada mereka yang mempunyai disiplin dan membayar hutang
kad kredit mengikut jumlah minimum selama 12 bulan berturut-turut. Anda perlu
ambil peluang diskaun ini dan membuat bayaran pada atau sebelum tarikh yang
ditetapkan setiap bulan. Perkara yang paling mudah untuk anda lakukan ialah
membuat jadual dengan menggunakanMicrosoft Excel untuk setiap hutang kad kredit yang anda perlu lunaskan. Jalankan
simulasi bagaimana hutang anda sebenarnya akan dapat dilunaskan lebih awal jika
bayaran dibuat lebih daripada bayaran minima. Jika anda tidak pasti, anda boleh
merujuk kepada rakan yang lebih pakar. Awas! Jangan pula anda terpedaya dengan
pihak yang cuba membuat duit untuk memberi khidmat nasihat kewangan dengan
mengenakan caj yang tidak munasabah. Anda perlu menguasai langkah-langkah ini sendiri
supaya ianya boleh diaplikasi sebagai satu penyelesaian yang kekal dan bukan
berbentuk sementara.
Bayar hutang mengikut tarikh
yang ditetapkan. Langkah ini adalah perlu kerana anda akan dikenakan denda
lewat jika bayaran dilakukan selepas tarikh yang ditetapkan tidak kira jenis
hutang. Bukan sahaja anda akan dibebani dengan denda lewat, rekod pembayaran
hutang yang akan dihantar oleh bank dan institusi kewangan ke Bank Negara
Malaysia akan menunjukkan rekod yang tidak bagus. Sekaligus, perkara ini mungkin
boleh memberi kemudaratan yang lain. Jika jumlah hutang anda melebihi RM30,000
dan anda tidak dapat melunaskannya mengikut ketetapan oleh pihak bank, anda
mungkin akan dikenakan tindakan undang-undang dan berakhir dengan kebankrapan.
Jika hal ini berlaku, rekod peribadi anda juga akan terjejas dan peluang anda
untuk kekal dalam jawatan atau mendapat pekerjaan baru adalah sukar.
Jika ada wang lebih, bayar
hutang! Gunakan wang bonus anda untuk melangsaikan hutang. Dengan cara ini,
anda akan dapat mengurangkan jumlah baki pinjaman. Apabila jumlah baki pinjaman
rendah, jumlah bayaran untuk faedah juga turut berkurangan. Oleh itu akan dapat
melunaskan hutang dalam masa yang lebih pendek daripada tempoh asal. Jika anda
mempunyai wang simpanan yang boleh digunakan untuk langsaikan hutang, gunakan
cara ini. Buat kiraan samada simpanan anda akan memberi pulangan yang lebih
lumayan atau sebaliknya. Jika kadar keuntungan daripada wang yang anda simpan
lebih kecil daripada faedah yang dikenakan keatas hutang anda, inilah masanya
untuk anda perlu berbuat sesuatu dan langsaikan hutang anda.
Anda juga perlu rajin mencari
maklumat yang boleh menguntungkan anda dari segi mengurangkan faedah yang
dikenakan ke atas hutang anda. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, akibat
persaingan perniagaan yang amat sengit, kebanyakan bank menawarkan produk yang
membolehkan anda memindah baki hutang kad kredit anda dengan sebuah bank kepada
mereka tanpa sebarang faedah dikenakan. Ini akan menjimatkan anda dan anda
bolehlah menggunakan sejumlah wang yang sepatutnya anda bayar faedah pinjaman
untuk mengurangkan baki pokok hutang anda.
Anda mesti berbelanja dengan
sebaiknya. Membeli sesuatu mengikut kemampuan dan diminta untuk tidak
berbelanja melebihi kemampuan diri. Contohnya membeli kasut yang berjenama.
Memadai jika kita mempunyai kasut yang selesa untuk bergerak ke tempat kerja.
Di samping itu, setiap
perbelanjaan yang dilakukan mestilah dengan perancangan. Anda digalakkan untuk
membeli barang yang diperlukan sahaja. Bukan membeli semua barang yang kita
suka. Pembaziran seperti ini akan menyebabkan anda berhutang dengan pihak lain
untuk memenuhi nafsu berbelanja yang tinggi. Tambahan lagi, apabila musim gaji.
Contohnya, perkara pertama yang perlu dilakukan sebaik mendapat gaji bulanan
adalah membayar hutang dan bil-bil bulanan. Seperti hutang kereta, hutang
rumah, bil air, bil api dan sebagainya. Selepas membayar hutang, perbelanjaan
barang keperluan perlu dibuat dengan sebaiknya bagi mengelakkan berlakunya pembaziran.
Jangan pula belanjakan semua
wang gaji yang diterima. Anda perlu membuat simpanan wang untuk kegunaan pada
masa hadapan atau di waktu kecemasan. Kerana kita tidak tahu bila masa kita
akan diduga dengan ujian yang hebat ini. Setidak-tidaknya, kita boleh
mengeluarkan simpanan untuk kegunaan masa kecemasan dan bukan berhutang dengan
pihak lain pula.
Tahukah anda bahawa anda boleh
mendapat wang lebihan akibat daripada kenaikan harga rumah? Caranya ialah
dengan membuat hutang baru tetapi bersandarkan aset iaitu rumah anda. Ya,
memang anda sebenarnya tidak dinasihatkan untuk menambah hutang, tetapi dalam
situasi ini, anda sebenarnya menggunakan peluang yang ada supaya anda dapat
memindah jenis hutang daripada hutang kad kredit yang merupakan hutang yang paling
mahal kepada jenis hutang yang lebih rendah caj faedahnya.
Apabila segala usaha untuk
menangani bebanan hutang tidak membuahkan hasil dan anda menemui jalan buntu,
masih ada lagi satu cara yang anda boleh ambil. Agensi Kemudahan Pengurusan
Kredit (AKPK) merupakan anak syarikat Bank Negara Malaysia yang telah
ditubuhkan bertujuan untuk menolong ramai rakyat menguruskan hutang mereka
dengan lebih berdidsiplin dan teratur.
Tindakan diambil untuk penubuhan AKPK berdasarkan ramai rakyat Malaysia
dibebani hutang kerana mereka tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk menguruskan
kewangan peribadi mereka serta disiplin diri yang kurang dalam hal-hal
pengurusan kewangan peribadi. Keadaan ini menjadi lebih buruk apabila
kebanyakan institusi kewangan mengenakan caj faedah yang tinggi ke atas hutang
kad kredit. AKPK akan menjadi pihak ketiga atau orang tengah untuk berunding
dengan pihak institusi kewangan untuk menyatukan segala hutnag anda dan juga
berunding supaya kadar faedah yang dikenakan ke atas hutang anda dapat
dikurangkan. Dengan cara rundingan bersama ini, selalunya pihak bank akan lebih
mengalah dan berstuju dengan cadangan ynag dibentangkan oleh AKPK. Apabila
seseorang mendapat khidmat nasihat AKPK, bukan sahaja mereka akan mendapat
tunjuk ajar bagaimana untuk melangsaikan hutang yang ada tetapi mereka juga
diberi kaunseling dan ilmu pengetahuan untuk lebih arif tentang pengurusan
kewangan peribadi mereka pada masa akan datang.
MANFAAT BENGKEL SOLUSI MASALAH HUTANG
Supaya mudah ketika menagih hutang dari
seseorang,in sya Allah dengan mudah hutang anda dibayar
Kunci melepaskan Hutang,insya Allah walau
bagaimana banyaknya hutang Anda,akan dapat membayarnya dengan kemurahan Allah
SWT. Rezeki memang tidak datang ketika kita minta melainkan rezeki datang
ketika Allah memberi. Namun demikian manusia wajib berusaha untuk sesegera
mungkin keluar dari lilitan hutang,disebabkan orang yang terlilit hutang
sebahagian besar ketenangan jiwanya terganggu,makan tidak kenyang,tidur tidak
lena,dan beribadah pun tidak khusyuk.
Bagi mereka yang banyak hutang dan merasa
kesulitan dalam membayar hutangnya insya Allah dalam waktu yang tidak
lama,kesulitan membayar hutang tadi dapat diatasi dengan jalan yang dibukakan
Allah SWT.
- Memudahkan Anda untuk membayar hutang
- Mempermudah untuk pembayaran cicilan hutang setiap bulan
- Menarik rezeki dari pintu langit dengan mudah.
- Mendatangkan Rezeki yang masih di dalam bumi.
- Menjadikan orang yang menjadi piutang anda lebih sabar dan lebih bijaksana dalam menghadapi hutang hutang anda.
- Anda tidak akan dipaksa untuk melunasi hutang secepatnya oleh Orang yang meminjami anda dana.
- Jalan mendapat Rezeki yang berkah jauh ebih mudah
- Pintu rezeki terbuka lebar
- Anda akan dijauhkan dari hutang yang sifatnya membelit anda, seperti hutang kepada bank yang memiliki kadar interest yang cukup tinggi.

