Wednesday, 1 April 2015

PENGENALAN


PENGENALAN
Penyelesaian Hutang - Adakah anda sedang mengalami salah satu keadaan di bawah ini atau bahkan lebih dari satu keadaan?

• Sedang berhutang untuk membeli barang keperluan?

• Tidur tidak nyenyak kerana dikejar hutang?

• Makan tidak nafsu kerana selalu dibayangi hutang?
• Jadi raja hutang?
• Sedang memegang kepala kerana hutang bertambah banyak?
• Merasa hutang sepertinya tidak akan pernah terlunas?
• Dikejar kejar Debt Collector tiap hari tiap masa?
• Sijil rumah tidak boleh ditebus bahkan sedang diambang lelong?
• Mempunyai perniagaan besar tapi hutang juga besar?
• Mempunyai satu hutang dibayar dengan hutang yang lain?
• Tambah tua tambah berhutang?
• Bergerak terpaksa dimatikan kerana takut dikenakan?
• Merasa enggan melakukan aktiviti kerana terlalu berat memikirkan masalah hutang?


Kerap kita mendengar orang mengeluh..kalau dulu bawa RM100 ke pasaraya..banyak barang boleh dibeli..tapi sekarang ni..dengan RM300 seminggu pun belum cukup lagi untuk barang keperluan satu minggu bagi family yang ada 2-3 orang anak.

Inlah satu perkara yang amat membimbangkan sekarang ini, iaitu kos kehidupan. Kehidupan di bandar kos, meningkat secara mendadak – kos perumahan, kereta, perubatan dan sebagainya yang tinggi menyebabkan ramai yang berhutang, lantas menghakis keupayaan warga kota untuk menabung.  Soal selidik Nielson mendapati 42% rakyat Malaysia menggunakan baki pendapatannya untuk menjelaskan hutang (termasuk kad kredit dan pinjaman).  Dengan kata lain, pendapatan yang boleh digunakan untuk menabung, kini digunakan untuk melangsaikan hutang.

Sehingga akhir tahun 2010, hutang keluarga negara kita telah mencecah paras RM581 bilion, bersamaan 80% nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP), negara kedua tertinggi di rantau Asia.

Antaranya, hutang kad kredit meningkat pada purata kadar 16.4% antara tahun 2000 hingga Ogos 2010, menjadi hutang yang bertambah paling mendadak, jauh di depan hutang perumahan dan kereta.  Sehingga September 2010, hutang kad kredit yang belum dilangsaikan telah mencecah paras baru, iaitu RM29 bilion.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kos perubatan yang mahal menjadi antara perkara yang amat membebankan dalam hutang kad kredit.  Menurut statistik AKPK, kos perubatan yang terlalu tinggi menjadi punca utama 26% penghutang gagal selesaikan hutang keluarganya.

Selain itu, program pengendalian hutang yang dijalankan AKPK mendapati 74.3% orang berdepan dengan hutang perumahan, kereta dan kad kredit.  Lebih penting, krisis hutang keluarga menunjukkan pola di mana golongan yang ditimpa masalah ini semakin muda usianya.  43.8% berada pada lingkungan usia 30 hingga 40 tahun, dan 15.5% berada pada lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Sebab itulah kita dapati warga kota mula mencari pendapatan tambahan untuk menampung kehidupan yang kian mencabar. Dengan satu sumber pendapatan sahaja pastinya tidak mencukupi, selain daripada bekerja di siang hari, warga kota melibatkan diri dalam perniagaan atau kerja separuh masa.

Sebab itu kita dapati hidup hari ini kian mencabar, masa untuk diluang bersama keluarga kian kurang, dan hubungan dengan keluarga makin ada jurang. Masalah ini sudah tampak berlaku sekarang ini, apabila anak-anak di sekolah tidak menghiraukan nasihat guru-guru serta kecenderungan untuk mereka melakukan salah laku.

Orang yang sedang berhutang biasanya mudah menjadi bingung dan tenggelam dalam kesedihan. Sebab keadaan dirinya yang berhutang itu sangat berpotensi menjadikannya hidup dalam ketidakpastian alias bingung dan menjadikannya tidak gembira alias bersedih hati.

Biasanya orang yang berhutang akan cenderung menjadi lemah. Dan biasanya orang yang malas dan tidak kreatif dalam menjalani perjuangan hidup cenderung mudah berfikir untuk menacari pinjaman alias berhutang ketika sedikit saja menghadapi rintangan dalam hidup. Sedangkan orang yang rajin cenderung tidak berfikir untuk berhutang selagi ia masih mempunyai idea penyelesaian selain berhutang dalam hidupnya. Orang rajin bahkan akan menolak bilamana memperoleh tawaran pinjaman wang kerana ia anggap itu sebagai suatu beban yang menyusahkan.

Biasanya orang yang terlilit hutang menjadi orang yang diliputi rasa takut. Ia cenderung menjadi pengecut. Jauh dari sifat berani. Mentalnya jatuh dan tidak mudah memiliki kemantapan batin. Dan orang yang berhutang mudah menjadi kikir jauh dari sifat demawan. Bila kotak amal atau sedekah melintas di depannya ia akan membiarkannya berlalu Hal ini kerana ia menggunakan logik “Bagaimana aku boleh bersedekah, sedangkan hutangku saja belum habis dibayar.

Hendaklah kita serahkan harapan kita sepenuhnya kepada Allah Ta’aala Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji agar menyelesaikan problem hutang yang berpanjangan membebani hidup anda ketika ini. Di samping itu memohon perlindungan Allah Ta’ala dari kesewenang-wenangan manusia.  Kesewenangan dimaksudkan terutama yang berpunca dari pihak yang memberi hutang. Sebab tidak jarang didapati bahawa pihak yang memberi hutang lantas bertindak zalim kepada yang berhutang. Ia merasa telah menabur jasa dengan meminjamkan wang kepada yang berhutang. Lalu ia merasa berhak untuk berbuat sekehendaknya kepada yang berhutang apalagi jika yang berhutang menunjukkan gejala tidak sanggup membayar hutangnya dengan segera.

Itulah sebabnya dunia moden dewasa ini banyak diwarnai oleh pelbagai tindakan kezaliman. Sebab dalam era dunia moden manusia sangat mudah berhutang.Dalam kebanyakan transaksi manusia dianjurkan untuk terlibat dalam hutang alias transaksi yang tidak tunai. Sedikit sedikit kredit. Apalagi skema pelunasan hutangnya melibatkan amalan riba yang termasuk dosa besar. Islam adalah ajaran yang menganjurkan manusia untuk membiasakan diri berniaga secara tunai. Ini bukan bererti Islam mengharamkan berhutang. Hanya saja Islam memandang bahawa berhutang merupakan suatu pilihan yang bukan ideal dan utama. Itulah sebabnya ayat terpanjang di dalam Al-Qur’an ialah ayat mengenai berhutang, iaitu surah Al-Baqarah ayat 282.

Wahai saudaraku kaum muslimin dan muslimah, ketahuilah hidup manusia memang  penuh cubaan, jalan terjal penuh berliku yang kadang-kadang menjadikan  kita berputus asa, termasuk urusan rezeki. Perniagaan yang dulu berjaya tiba-tiba rugi, hutang terkumpul di mana-mana dan  sebagainya. Padahal kita merasa sudah berupaya  semaksimum  mungkin  mengatasinya,  namun tetap saja belum membuahkan hasil.

Hal utama yang perlu dan patut kita renungkan adalah dengan introspeksi iaitu dengan sebuah soalan sejauh mana usaha kita tersebut? Usaha manusia merangkumi dua dimensi, iaitu lahiriah dan batiniah. Biasanya usaha batiniah yang sering kita lupakan. Hujung-hujungnya ketika kita menghadapi  kendala dalam usaha, kita langsung menghukum bahawa Tuhan tidak adil.  Padahal,  Dia selalu menolong hamba-Nya, namun kita sendiri yang tidak mahu meminta pertolongan-Nya.

Saya akan memberikan cara bagaimana hutang-hutang anda  akan  terlunas dengan cara Islam, iaitu dengan wirid dan  doa-doa yang berasal dari sumber-sumber yang boleh  “dipertanggungjawabkan”. Ertinya isi kandungan dari doa-doa kita tidaklah bertentangan dengan syariat Islam.

Insya Allah wirid dan doa ini akan memberi berkah bagi Anda untuk mampu melunasi segala hutang Anda dan mendapatkan keberkahan hidup untuk menjadi lebih baik serta berkah. Dengan mengharap Ridho dari Allah SWT, tanpa menggunakan perantaraan jin, tanpa tuyul, tanpa tumbal atau pensugihan. 100% mengharapkan pertolongan Allah SWT.

Semua kehidupan manusia adalah dalam genggaman Allah Tuhan Semesta Alam. Maka apabila Anda ada masalah apapun adalah hanya mengharap kepada Allah dengan cara munajah dan meminta kepada-Nya.

Saudaraku yang sekarang masih  terlilit  hutang, pernahkah anda  menyedari sebelum terlambat bahawa cara-cara yang dilakukan adalah mudah dan tanpa melakukan ritual yang menyimpang dari ajaran Islam.  Hanyalah  diperlukan kesabaran dan kesungguhan dalam mendekatkan diri kepada  Allah. 

Dulu tidak pernah dekat, maka cubalah  sedekat  mungkin  bersujud sambil  menangis di hadapan Yang Maha Pencipta bahawa mulai sekarang  juga anda mengakui semua kesalahan, kesombongan, keserakahan,  kezaliman  anda jualah yang menyebabkannya baik dilakukan secara sedar  mahupun  khilaf. Bersihkan hati anda dulu, Yakinlah bahawa Allah akan memberi pertolongan kepada Anda!

Demikian apa yang saya sampaikan semoga berguna bagi saudara-saudara kita yang sampai ketika waktu ini hidupnya selalu dikejar hutang. Dan saudara-saudara muslim kita yang sebentar lagi akan mengalami perubahan besar ke arah yang lebih baik dalam kehidupannya.

Strategi Menangani Bebanan Hutang
Setiap orang mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka berhutang. Ada golongan yang berhutang untuk tujuan peribadi. Ada pula yang berhutang untuk tujuan perniagaan. Sesetengah golongan pula berhutang kerana keadaan yang memaksa. Pengurusan hutang adalah satu aktiviti yang agak rumit dan memerlukan individu untuk mempunyai ilmu yang agak mendalam terutamanya dari segi pengurusan kewangan peribadi. Malangnya, tidak ramai orang yang mendalami dan menjadi pakar tentang ilmu pengurusan peribadi di negara ini. Pada waktu ini, tidak ada satu institusi pendidikan tinggi di Malaysia yang menawarkan subjek khas tentang ilmu kewangan peribadi. Sebenarnya ramai orang di Malaysia mula berjinak dan menguasai ilmu atas dasar minat sendiri. Mereka selalunya membuat kajian dan bacaan daripada buku-buku yang ditulis oleh kebanyakan rakyat asing. Oleh sebab itu, walaupun mempunyai ilmu tentang pengurusan kewangan peribadi, mereka masih tidak mampu mengaplikasi secara efektif untuk menguruskan kewangan peribadi mereka sendiri. Walaubagaimanapun, situasi ini nampaknya menjadi lebih baik kerana terdapat segelintir rakyat tempatan yang sudah berani mengambil inisiatif dan berjaya menulis serta menerbitkan buku-buku berkenaan pengurusan kewangan peribadi yang lebih sesuai diaplikasi oleh rakyat Malaysia.

Ramai sedia maklum tujuan mereka berhutang. Walaubagaimanapaun, tidak ramai yang boleh membuat penilaian samada hutang yang mereka ambil itu jenis hutang yang perlu atau sebaliknya. Amat penting untuk seseorang untuk mengetahui tentang jenis-jenis hutang dan sebab mereka berhutang kerana mereka akan menjadi lebih fokus apabila menangani bebanan hutang kelak. Berikut adalah antara sebab utama kenapa seseorang berhutang dan jenis hutang tersebut:

Berhutang untuk mendapatkan barang-barang keperluan
Secara lazimnya, individu berhutang untuk membeli rumah kediaman, membina rumah kediaman, membeli kenderaan sebagai pengangkutan yang menjadi satu benda tuntutan di zaman sekarang. Hutang jenis ini selalunya berlaku sekali dalam hidup seseorang. Hutang ini tergolong dalam jenis hutang yang bersandarkan aset. Tempoh pembayaran yang panjang dan kadar faedah agak berpatutan bergantung keadaan ekonomi tempatan dan dunia.

Berhutang untuk memenuhi kehendak dan keinginan
Terdapat pula golongan yang berhutang untuk memenuhi kehendak dan keinginan mereka. Mereka berbelanja di luar kemampuan dari segi kewangan. Perkara ini terjadi pada dasarnya kerana mereka tidak dapat menguasai keinginan diri dan bertindak secara tidak rasional sehingga mereka tidak sedar bahawa kebiasaan berhutang untuk menjaga reputasi seperti mesti memakai pakaian berjenama mahal dan sebagainya akan membeban mereka dengan masalah hutang. Selalunya mereka berhutang dengan menggunakan kad kredit kerana barang-barang yang dibeli bukanlah aset yang diterima oleh bank sebagai cagaran. Hutang yang tidak bersandarkan aset selalunya dikenakan kadar faedah yang tinggi oleh pihak bank kerana ianya dianggap sebabagi jenis hutang berisiko tinggi. Tempoh bayaran bergantung kepada jumlah wang yang dibayar. Jika bayaran yang dibuat adalah jumlah yang minima, individu tersebut akan mengambil masa yang lama untuk menjelaskan hutang kad kreditnya.

Berhutang untuk membuat pelaburan
Golongan yang berhutang untuk membuat pelaburan biasanya mereka yang mempunyai ilmu yang mendalam tentang pengurusan kewangan peribadi atau mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan secara persendirian.
Perkara yang paling asas apabila berhutang untuk membuat pelaburan ialah kadar faedah yang dikenakan oleh pemberi hutang. Kadar faedah ynag dikenakan keatas hutang tersebut mestilah lebih rendah daripada untung yang akan diperolehi daripada pelaburan. Jika sebaliknya, pada akhir pelaburan anda bukan mendapat untung tetapi akan pula dibebani dengan hutang.

Berhutang kerana tuntutan semasa kecemasan
Bukan semua orang suka untuk berhutang. Terdapat juga segelintir golongan yang pandai menguruskan kewangan peribadi mereka. Mereka mempunyai satu sikap disiplin yang tinggi dan mengamalkan berbelanja dalam kemampuan sendiri. Jika mereka perlukan sesuatu barang, wang akan dikumpul dan golongan ini mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk menunggu sehingga wang yang dikumpul cukup untuk membeli barang yang mereka perlukan. Walaubagaimanapun, seperti pepatah melayu “malang tidak berbau” dalam keadaan kecemasan seperti ditimpa kemalangan dan sebagainya, seseorang individu mungkin terpaksa berhutang untuk mendapat wang sebagai jalan penyelsaian untuk keluar daripada musibah tersebut. Mungkin wang diperlukan untuk membaiki kereta dan sebagainya.
Dalam keadaan ini, anda mungking bernasib baik dan dapat meminjam wang daripada kawan jika jumlahnya tidak besar. Akan tetapi sesetengah orang terpaksa meminjam daripada pihak bank dan sebagainya. Pada kebiasaanya, hutang kad kredit menjadi pilihan utama untuk menyelesaikan masalah perbelanjaan ynag tidak dibajetkan seperti apabila berlaku kemalangan atau kecemasan yang lain.

Langkah untuk menangani beban hutang
Hutang selalunya dianggap sebagai beban. Namun kepada segelintir orang, hutang juga boleh digunakan sebagai peluang dan memberi kemudahan serta langkah untuk memberi keuntungan. Walau apa pandangan anda terhadap hutang, ianya perlu diuruskan dengan cara yang teratur dan fokus.

Perkara pertama dan yang utama perlu anda ambil ialah berhenti daripada membuat hutang yang baru terutamanya hutang yang melibatkan kad kredit. Seterusnya, anda perlu mendalami ilmu dan selok belok tentang jenis-jenis hutang anda. Anda perlu membuat analisa dan mengira berapakah jumlah faedah yang akan anda bayar untuk menjelaskan hutang tersebut. Pada lumrahnya, hutang yang dikenakan kadar faedah yang paling tinggi seperti hutang kad kredit adalah hutang yang paling membebankan anda.

Oleh itu anda perlu mengambil langkah untuk membayar hutang kad kredit dengan jumlah sebanyak yang mungkin dan dalam tempoh yang paling cepat. Jangan sekali-kali membayar lewat kerana anda akan dikenakan caj kelewatan yang akan membebankan lagi keadaan anda. Atas arahan Bank Negara Malaysia, hampir semua bank di Malaysia pada waktu ini telah memberi insentif kepada individu dari segi mengenakan kadar faedah yang lebih rendah iaitu diskaun kepada mereka yang mempunyai disiplin dan membayar hutang kad kredit mengikut jumlah minimum selama 12 bulan berturut-turut. Anda perlu ambil peluang diskaun ini dan membuat bayaran pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan setiap bulan. Perkara yang paling mudah untuk anda lakukan ialah membuat jadual dengan menggunakanMicrosoft Excel untuk setiap hutang kad kredit yang anda perlu lunaskan. Jalankan simulasi bagaimana hutang anda sebenarnya akan dapat dilunaskan lebih awal jika bayaran dibuat lebih daripada bayaran minima. Jika anda tidak pasti, anda boleh merujuk kepada rakan yang lebih pakar. Awas! Jangan pula anda terpedaya dengan pihak yang cuba membuat duit untuk memberi khidmat nasihat kewangan dengan mengenakan caj yang tidak munasabah. Anda perlu menguasai langkah-langkah ini sendiri supaya ianya boleh diaplikasi sebagai satu penyelesaian yang kekal dan bukan berbentuk sementara.

Bayar hutang mengikut tarikh yang ditetapkan. Langkah ini adalah perlu kerana anda akan dikenakan denda lewat jika bayaran dilakukan selepas tarikh yang ditetapkan tidak kira jenis hutang. Bukan sahaja anda akan dibebani dengan denda lewat, rekod pembayaran hutang yang akan dihantar oleh bank dan institusi kewangan ke Bank Negara Malaysia akan menunjukkan rekod yang tidak bagus. Sekaligus, perkara ini mungkin boleh memberi kemudaratan yang lain. Jika jumlah hutang anda melebihi RM30,000 dan anda tidak dapat melunaskannya mengikut ketetapan oleh pihak bank, anda mungkin akan dikenakan tindakan undang-undang dan berakhir dengan kebankrapan. Jika hal ini berlaku, rekod peribadi anda juga akan terjejas dan peluang anda untuk kekal dalam jawatan atau mendapat pekerjaan baru adalah sukar.

Jika ada wang lebih, bayar hutang! Gunakan wang bonus anda untuk melangsaikan hutang. Dengan cara ini, anda akan dapat mengurangkan jumlah baki pinjaman. Apabila jumlah baki pinjaman rendah, jumlah bayaran untuk faedah juga turut berkurangan. Oleh itu akan dapat melunaskan hutang dalam masa yang lebih pendek daripada tempoh asal. Jika anda mempunyai wang simpanan yang boleh digunakan untuk langsaikan hutang, gunakan cara ini. Buat kiraan samada simpanan anda akan memberi pulangan yang lebih lumayan atau sebaliknya. Jika kadar keuntungan daripada wang yang anda simpan lebih kecil daripada faedah yang dikenakan keatas hutang anda, inilah masanya untuk anda perlu berbuat sesuatu dan langsaikan hutang anda.

Anda juga perlu rajin mencari maklumat yang boleh menguntungkan anda dari segi mengurangkan faedah yang dikenakan ke atas hutang anda. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, akibat persaingan perniagaan yang amat sengit, kebanyakan bank menawarkan produk yang membolehkan anda memindah baki hutang kad kredit anda dengan sebuah bank kepada mereka tanpa sebarang faedah dikenakan. Ini akan menjimatkan anda dan anda bolehlah menggunakan sejumlah wang yang sepatutnya anda bayar faedah pinjaman untuk mengurangkan baki pokok hutang anda.

Anda mesti berbelanja dengan sebaiknya. Membeli sesuatu mengikut kemampuan dan diminta untuk tidak berbelanja melebihi kemampuan diri. Contohnya membeli kasut yang berjenama. Memadai jika kita mempunyai kasut yang selesa untuk bergerak ke tempat kerja.

Di samping itu, setiap perbelanjaan yang dilakukan mestilah dengan perancangan. Anda digalakkan untuk membeli barang yang diperlukan sahaja. Bukan membeli semua barang yang kita suka. Pembaziran seperti ini akan menyebabkan anda berhutang dengan pihak lain untuk memenuhi nafsu berbelanja yang tinggi. Tambahan lagi, apabila musim gaji. Contohnya, perkara pertama yang perlu dilakukan sebaik mendapat gaji bulanan adalah membayar hutang dan bil-bil bulanan. Seperti hutang kereta, hutang rumah, bil air, bil api dan sebagainya. Selepas membayar hutang, perbelanjaan barang keperluan perlu dibuat dengan sebaiknya bagi mengelakkan berlakunya pembaziran.

Jangan pula belanjakan semua wang gaji yang diterima. Anda perlu membuat simpanan wang untuk kegunaan pada masa hadapan atau di waktu kecemasan. Kerana kita tidak tahu bila masa kita akan diduga dengan ujian yang hebat ini. Setidak-tidaknya, kita boleh mengeluarkan simpanan untuk kegunaan masa kecemasan dan bukan berhutang dengan pihak lain pula.

Tahukah anda bahawa anda boleh mendapat wang lebihan akibat daripada kenaikan harga rumah? Caranya ialah dengan membuat hutang baru tetapi bersandarkan aset iaitu rumah anda. Ya, memang anda sebenarnya tidak dinasihatkan untuk menambah hutang, tetapi dalam situasi ini, anda sebenarnya menggunakan peluang yang ada supaya anda dapat memindah jenis hutang daripada hutang kad kredit yang merupakan hutang yang paling mahal kepada jenis hutang yang lebih rendah caj faedahnya.

Apabila segala usaha untuk menangani bebanan hutang tidak membuahkan hasil dan anda menemui jalan buntu, masih ada lagi satu cara yang anda boleh ambil. Agensi Kemudahan Pengurusan Kredit (AKPK) merupakan anak syarikat Bank Negara Malaysia yang telah ditubuhkan bertujuan untuk menolong ramai rakyat menguruskan hutang mereka dengan lebih berdidsiplin dan teratur.


Tindakan diambil untuk penubuhan AKPK berdasarkan ramai rakyat Malaysia dibebani hutang kerana mereka tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk menguruskan kewangan peribadi mereka serta disiplin diri yang kurang dalam hal-hal pengurusan kewangan peribadi. Keadaan ini menjadi lebih buruk apabila kebanyakan institusi kewangan mengenakan caj faedah yang tinggi ke atas hutang kad kredit. AKPK akan menjadi pihak ketiga atau orang tengah untuk berunding dengan pihak institusi kewangan untuk menyatukan segala hutnag anda dan juga berunding supaya kadar faedah yang dikenakan ke atas hutang anda dapat dikurangkan. Dengan cara rundingan bersama ini, selalunya pihak bank akan lebih mengalah dan berstuju dengan cadangan ynag dibentangkan oleh AKPK. Apabila seseorang mendapat khidmat nasihat AKPK, bukan sahaja mereka akan mendapat tunjuk ajar bagaimana untuk melangsaikan hutang yang ada tetapi mereka juga diberi kaunseling dan ilmu pengetahuan untuk lebih arif tentang pengurusan kewangan peribadi mereka pada masa akan datang.


MANFAAT BENGKEL SOLUSI MASALAH HUTANG

Supaya mudah ketika menagih hutang dari seseorang,in sya Allah dengan mudah hutang anda dibayar
Kunci melepaskan Hutang,insya Allah walau bagaimana banyaknya hutang Anda,akan dapat membayarnya dengan kemurahan Allah SWT. Rezeki memang tidak datang ketika kita minta melainkan rezeki datang ketika Allah memberi. Namun demikian manusia wajib berusaha untuk sesegera mungkin keluar dari lilitan hutang,disebabkan orang yang terlilit hutang sebahagian besar ketenangan jiwanya terganggu,makan tidak kenyang,tidur tidak lena,dan beribadah pun tidak khusyuk.
Bagi mereka yang banyak hutang dan merasa kesulitan dalam membayar hutangnya insya Allah dalam waktu yang tidak lama,kesulitan membayar hutang tadi dapat diatasi dengan jalan yang dibukakan Allah SWT.
  1. Memudahkan Anda untuk membayar hutang
  2. Mempermudah untuk pembayaran cicilan hutang setiap bulan
  3. Menarik rezeki  dari pintu langit dengan mudah.
  4. Mendatangkan Rezeki yang masih di dalam bumi.
  5. Menjadikan orang yang menjadi piutang anda lebih sabar dan lebih bijaksana dalam menghadapi hutang hutang anda.
  6. Anda tidak akan dipaksa untuk melunasi hutang secepatnya oleh Orang yang meminjami anda dana.
  7. Jalan mendapat Rezeki yang berkah jauh ebih mudah
  8. Pintu rezeki terbuka lebar
  9. Anda akan dijauhkan dari hutang yang sifatnya membelit anda, seperti hutang kepada bank yang memiliki kadar interest yang cukup tinggi.