Syarat Mempelajari Ilmu Hikmah
Ilmu
Hikmah adalah suci yang punya syarat-syarat tertentu. Tidak benar apabila
ada yang mengatakan bahawa ilmu hikmah adalah tanpa pantangan atau tanpa
syarat. Ilmu Hikmah bukan ilmu sembarangan dan tidak mungkin boleh
dikuasai oleh orang-orang yang berniat jahat. Oleh kerana itu, sebelum
anda mempelajari ilmu hikmah, perhatikan 7 syarat mempelajari ilmu hikmah yang
kami jelaskan di bawah ini.
1. Beragama Islam
Kerana
Ilmu Hikmah adalah ilmu spiritual yang berkembang di kalangan umat islam, maka
amalan-amalan Ilmu Hikmah hanya sesuai untuk orang yang beragama
Islam. Seseorang disebut beragama Islam adalah orang yang meyakini rukun
iman dan rukun islam. Rukun iman termasuk adalah Iman kepada Allah, Iman
kepada malaikat-malaikat Allah, Iman kepada kitab-kitab Allah, Iman kepada
rasul-rasul Allah, Iman kepada hari kiamat dan Iman kepada Qada dan
Qadar. Sedangkan rukun islam adalah mengucapkan kalimat Syahadat dengan penuh
keyakinan, menjalankan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar
zakat dan menunaikan ibadah haji bagi yang mampu.
Apakah
itu ertinya orang yang beragama selain islam tidak boleh belajar ilmu spiritual
dari kami? Tentu saja, masih boleh. Kerana kami di Anugerah Agung
Spiritual Development Centre mempunyai banyak program kursus ilmu ghaib, ilmu
spiritual atau ilmu ghaib yang universal dan tidak terikat agama. Anda
boleh kunjungi laman http://www.DrRizal4u.com untuk
mencari program kursus yang sesuai dengan diri anda.
Ilmu
Hikmah hanyalah salah satu jalan spiritual. Sedangkan ilmu spiritual atau
ilmu batin itu banyak jenisnya. Pada setiap agama atau mana-mana
kebudayaan selalu ada ajaran spiritual. Walaupun bentuk dari ajaran
spiritual boleh berbeza-beza (sesuai pengaruh agama dan kebudayaan), tapi inti
ajarannya selalu sama, iaitu soal kebijaksanaan dan cara menyelesaikan masalah
kehidupan dengan cara-cara spiritual. Khusus di website:http://SolusiMasalahHutang.blogspot.com ini
kami hanya membincang kan ajaran Ilmu Hikmah yang sesuai untuk pemeluk agama
Islam.
2. Mendapat Restu Dari Guru
Anda
boleh saja belajar ilmu hikmah dari pelbagai buku yang beredar bebas di kedai
buku, atau dari artikel-artikel di internet yang tidak jelas siapa pembuatnya.Namun perlu
diingat, bahawa belajar ilmu hikmah tidak sama seperti belajar ilmu pengetahuan
yang diajar di sekolah. Dalam ilmu hikmah diperlukan keberkatan agar
amalan ilmu bermanfaat. Dan keberkatan itu boleh anda dapatkan dari
bimbingan seorang guru yang berpengalaman.
Oleh
kerana itu, dalam ilmu hikmah ada tradisi yang disebut ijazah atau baiat.Yang tujuannya
adalah secara sah / rasmi bahawa seorang murid mendapat restu dari seorang guru
untuk mula mengamalkan suatu ilmu hikmah. Proses ijazah ini boleh macam-macam
caranya sesuai dengan kebijaksanaan guru masing-masing.Ijazah atau proses
penurunan ilmu boleh secara langsung atau jarak jauh
Proses
pengijazahan itu penting sebab di situ terletak keberkatan dari ilmu hikmah
yang hendak kita amalkan. Banyak sudah contoh nyata dalam kehidupan, di
mana orang belajar ilmu hikmah secara berdikari tanpa bimbingan guru, yang
didapatkannya adalah sia-sia, bahkan malah ada yang tersesat mengikuti ajaran
yang tidak benar. Sebagai pelengkap, anda juga boleh membaca artikel bertajuk
Peranan Guru Dalam Mempelajari Ilmu Hikmah..
3. Bersedia Mengikuti Ajaran Guru
Apabila
anda sudah memutuskan untuk belajar ilmu hikmah kepada seorang guru, maka
ikutilah ajaran guru itu dengan penuh tawaduk. Dengan catatan, selama
ajaran guru itu tidak bertentangan dengan syariat agama. Dalam belajar
ilmu hikmah, ada ungkapan “samikna wa atokna” yang ertinya kami mendengar dan
kemudian kami mentaati. Tidak wajar apabila dalam belajar ilmu hikmah ada
perdebatan atau perbezaan pendapat.
Sedarilah
bahawa ilmu hikmah adalah ilmu batin, berbeza dengan ilmu sains yang sesuai
akal logik. Oleh kerana itu, ajaran ilmu hikmah kadangkala sukar difikir
secara logik. Dalam belajar ilmu hikmah, dinilai tidak sopan apabila
seorang murid bertanya macam-macam mengenai ajaran yang diberikan. Sikap
murid ilmu hikmah yang baik adalah melakukan dengan sepenuh hati ajaran-ajaran
guru dengan istiqomah.
4. Istiqomah Dalam Mengamalkan Ilmu Hikmah
Istiqomah
adalah melakukan suatu amalan secara berterusan dengan disertai keimanan dan
kesungguhan terhadap apa yang diamalkannya. Beberapa ulama ahli hikmah
berpendapat bahawa “istiqomah lebih baik dari 1000 karomah”. Hal ini
kerana Istiqomah adalah pohonnya, sedangkan karomah hanyalah salah satu buah
daripada istiqomah.
Mengamalkan
satu ilmu hikmah dengan istiqomah adalah lebih baik daripada mempunyai banyak
ilmu hikmah tapi tidak istiqomah, atau bahkan tidak pernah diamalkan sama
sekali. Jangan kagum dengan orang yang seolah-olah mengerti banyak ilmu
hikmah, namun dalam kesehariannya dia jarang duduk berzikir untuk mengamalkan
amalan ilmu hikmahnya. Namun kagumlah dengan orang yang tidak banyak
bercakap, namun mempunyai amalan yang istiqomah walaupun hanya sedikit.
Tidak
ada ilmu hikmah yang lebih hebat dari ilmu hikmah yang lain, bila tidak
diamalkan dengan istiqomah. Jangan terlena untuk “mengumpul” pengetahuan
tentang ilmu hikmah, kerana ilmu hikmah bukan sekadar pengetahuan. Ilmu
Hikmah adalah pengetahuan yang disertai amal perbuatan yang nyata. Dan
amal yang terbaik adalah amal yang istiqomah.
Kadang-kadang kita
lebih sering diperbudak nafsu, terus mengejar dan
mencarisemua ilmu, setiap hari surfing di internet, tekan
copy-paste & refresh (F5)berharap
ada posting ilmu-ilmu yang baru. Tetapi malah terlena,
lupa untuk mengamalkannya dengan sungguh-sungguh. Hari berganti
hari, usia semakin bertambah, raga sudah semakin tua
tidak kuat lagi untuk diajak puasa dan tirakat,
nikmat sihat berganti sakit. Akhirnya
tidak ada satu pun ilmu yang dikuasai sampai
menjelang akhir perjalanan hidup.
Maka
selagi kita masih diberikan nikmat sihat dan kelapangan , segeralah
amalkan ilmu. Jika ada kekurangan, konsultasilah kepada
Guru Pengijazah. Semoga ilmu yang anda amalkan dengan
istiqomah berguna apabila diperlukan hingga
akhir hayat kelak.
Jangan
pula mudah untuk berganti-ganti amalan hanya kerana anda merasa suatu amalan
ilmu hikmah tidak bermanfaat bagi anda. Kerana kadang, Allah menguji
kesabaran anda sebelum memberikan keberkatan yang besar. Insya Allah,
apabila anda bersedia istiqomah dengan amalan ilmu hikmah yang anda tekuni,
akan banyak manfaat yang boleh anda petik.
5. Menjaga Diri Dari Makan Yang Haram
Seseorang
yang ingin memiliki kekuatan batin yang berpunca daripada tenaga ilahiah (ilmu
hikmah) harus memperhatikan makanannya. Kerana makanan yang haram akan
mengotori hati nurani. Makanan yang haram akan membentuk jiwa yang kasar
dan tidak beragama. Makanan yang haram disini bukan hanya dilihat dari
jenisnya saja, sebagai contoh seperti babi, arak, bangkai dan sebagainya, tapi juga
dari cara untuk mendapatkan makanan tersebut.
Kesan
dari makanan yang haram ini menyebabkan jiwa sukar untuk diajak bersatu dengan
hal-hal yang positif, seperti: dibuat zikir tidak khusuk, berdo’a tidak
sungguh-sungguh, sukar istiqomah dan hati tidak tawakal kepada Allah.
Daging
yang tumbuh dari makanan yang haram selalu menuntut untuk diberi makanan yang
haram pula. Seseorang yang sudah terjebak dalam lingkaran ini sukar untuk
melepaskannya, sehingga secara tidak langsung menjadikan hijab atau penghalang
seseorang memperoleh getaran / cahaya ilahiah.
Disebutkan, setitik makanan yang haram memberikan kesan terhadap kejernihan hati. Ibarat setitik tinta yang jatuh diatas kertas putih, semakin banyak unsur makanan haram yang masuk, ibarat kertas putih yang banyak ternoda tinta.Sedikit demi sedikit akan hitamlah semuanya.
Disebutkan, setitik makanan yang haram memberikan kesan terhadap kejernihan hati. Ibarat setitik tinta yang jatuh diatas kertas putih, semakin banyak unsur makanan haram yang masuk, ibarat kertas putih yang banyak ternoda tinta.Sedikit demi sedikit akan hitamlah semuanya.
Hati
yang gelap menutupi hati nurani, menyebabkan tidak peka terhadap nilai-nilai
kehidupan yang mulia. Seperti kaca yang kotor oleh debu-debu, sulitlah
cahaya menembus nya. Tapi dengan zikir dan menjaga makanan haram, hati
menjadi bersih bercahaya.
Begitu
halnya jika anda ingin dijaga para malaikat Allah, jangan kotori diri anda
dengan darah dan daging yang tumbuh dari makanan yang haram. Inilah
mengapa para ahli Ilmu batin sering menyarankan seorang calon pelajar yang
ingin suatu ilmu agar memulakan suatu pelajaran dengan laku batin seperti
puasa.
Konon, puasa itu bertujuan menyucikan darah dan daging yang timbul dari makanan yang haram. Dengan keadaan badan yang bersih, diharapkan ilmu batin lebih mampu bersenyawa dengan jiwa dan raga. Bahkan ada suatu keyakinan bahawa puasa tidak berkaitan dengan suatu ilmu. Fungsinya puasa hanya untuk mempersiapkan tubuh agar bersih dan siap menerima ilmu yang sedang dijalani.
Konon, puasa itu bertujuan menyucikan darah dan daging yang timbul dari makanan yang haram. Dengan keadaan badan yang bersih, diharapkan ilmu batin lebih mampu bersenyawa dengan jiwa dan raga. Bahkan ada suatu keyakinan bahawa puasa tidak berkaitan dengan suatu ilmu. Fungsinya puasa hanya untuk mempersiapkan tubuh agar bersih dan siap menerima ilmu yang sedang dijalani.
6. Menjauhkan Diri Dari Dosa Besar
Menghindari
dosa-dosa besar adalah salah satu usaha membersihkan rohani. Di mana
secara umum kemudian dikenali pantangan seperti berjudi, zina, mabuk, mencuri
dan penyalahgunaan dadah.
Walau
lima hal ini tidak merangkumi keseluruhan dosa besar tetapi kelimanya diyakini
sebagai biang dari segala dosa. Judi umpamanya, seseorang yang sudah
terlilit judi andaikan ia seorang pemimpin maka cenderung melakukan rasuah dan
hanya kecil kejujuran yang masih tersisa padanya.
Begitu
halnya dengan perbuatan seperti zina, mabuk-mabuk, mencuri, dan menyalahgunakan
dadah diyakini sebagai hal yang mampu menghancurkan kehidupan
manusia. Kerana itu orang yang ingin memiliki kekuatan batin yang hakiki
mampu untuk menjaga diri dari lima perkara ini.
Seseorang
yang sudah “Ketagihan” satu diantara yang lima perkara ini bukan hanya rendah
dipandang Allah, di pandangan manusia biasa pun ikut rendah.Nurani yang kotor
menyebabkan do’a-do’a tidak terkabul.
Beberapa langkah apabila dilakukan secara konsisten, Insya Allah menjadikan manusia “Sakti” Dunia Akhirat. Getaran batinnya kuat, ibarat voltage pada lampu yang selalu di tambah getarannya sementara kaca yang melingkari lampu itu pun selalu dibersihkan melalui laku-laku yang positif.
Beberapa langkah apabila dilakukan secara konsisten, Insya Allah menjadikan manusia “Sakti” Dunia Akhirat. Getaran batinnya kuat, ibarat voltage pada lampu yang selalu di tambah getarannya sementara kaca yang melingkari lampu itu pun selalu dibersihkan melalui laku-laku yang positif.
Hikmah
suatu amalan (bacaan) biasanya berkaitan dengan perilaku manusianya.Dalam hadith
Turmudzi meriwayatkan, “Seseorang yang mengucapkan Laa ilaha illallah dengan
memurnikan niat, pasti dibukakan untuknya pintu-pintu langit, sampai ucapannya
itu dibawa ke Arsy selagi dosa-dosa besar dijauhi”.
Hadits
ini boleh ditafsirkan bahawa suatu amalan harus diimbangi dengan
pengamalan. Adanya keselarasan antara ucapan mulut dengan tindakan
menyebabkan orang itu mencapai hakikatnya “Kekuatan-Kesaktian”.
7. Sifat Ikhlas & Tidak Tamak
7. Sifat Ikhlas & Tidak Tamak
Seseorang
yang memiliki hati ikhlas, tidak rakus dengan dunia lebih memiliki kepekaan
dalam menyerap pelajaran ilmu hikmah. Secara logik, orang yang berhati
ikhlas lebih mudah menumpukan konsentrasinya pada satu titik tujuan, iaitu
persoalan yang dihadapinya.
Disebutkan
bahawa orang yang berhati ikhlas diperkenankan Allah SWT untuk: Berbicara,
Melihat, Berfikir dan Mendengar bersama dengan Lidah, Mata, Hati dan Telinga
Allah (baca hadis Thabrani).
Orang
yang memiliki sifat ikhlas dan tidak tamak amat disukai manusia.Rasulullah SAW
pernah didatangi seorang sahabat yang ingin meminta resepi agar disukai Allah
SWT dan disukai sesama manusia. Rasulullah bersabda: “Jangan rakus dengan
Harta Dunia, tentu Allah akan menyenangimu, dan jangan tamak dengan hak orang
lain, tentu banyak orang yang menyenangimu”.
Hadis
ini jika dikaitkan dengan kehidupan para spiritualis mereka mempunyai power
pertama kali disebabkan kerana karismanya, jika seseorang itu banyak disukai
sesamanya maka apa yang diucapkan pun akan dipercayai. Sebaliknya walau
orang itu berilmu tinggi tetapi kalau tidak disukai sesamanya maka apa yang
diucapkannya pun tidak akan ada yang mempedulikannya.